Wednesday 9 October 2013

Hai lama nya saya tak menjengah blog sendiri. Very-very busy this year.....

Sunday 20 January 2013

2013......

SELAMAT DATANG 2013, SELAMAT TINGGAL 2012...

SEMOGA TAHUN 2013 MEMBAWA SEJUTA RAHMAT KEPADAKU....

Thursday 22 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Assalamualaikum..

Buat murid-muridku yang berjaya diucapkan tahniah! Mereka yang kurang berjaya jangan kecewa, peluang untuk lebih berjaya masih terbuka. Yang penting usaha dan doa. Buat murid-murid tahun 6 2013 , kekalkan kecemerlangan kakak dan abang yang mendapat 5A seramai 16 0rang.

Tuesday 9 October 2012

SAJAK

Sajak : Guru

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya


Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...



SAJAK UNTUK IBU
Ibu
sembilan bulan sepuluh hari
kau mengandungkan ku
terpana segala kudratmu
mengendongku dalam keperitan
kesakitan yang amat
ibu
terima kasih atas segalanya
kerna membenarkan ku lahir ke dunia
yang pasti akan memenatkan mu
lagi menambah kesibukan mu
ibu
tiada apa yang mampu aku berikan
hanya sekeping hati yang tulus ku berikan
untuk menyayangi hati tua yang melahirkan ku
dengan penuh kasih sayang
ibu
ku harap dikau bahagia bersamaku
sehingga ke akhir hayatmu
dengan senyuman dan kasih sayangku
sebagai membalas segala jasamu
ibu
kaulah ratu hatiku
kaulah duniaku
kaulah jiwaku
kaulah syurgaku
ibu
terima kasih
ku ucapkan seadanya
dengan kucupan ku taburkan
tanda sayang ku kepadamu.

Thursday 13 September 2012

UPSR 2012

UPSR telah berakhir, semoga semua anak didikku mendapat kejayaan yang cemerlang...Jangan berhenti berdoa semoga semua pemeriksa dapat memeriksa kertas anda dengan baik dan tenang sekaligus dapat memberikan markah yang terbaik.

Tuesday 7 August 2012

BAHAGIAN C (KERTAS 2)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

     Ain murid Tahun Enam. Dia murid yang rajin berusaha dan selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Di rumah, Ain tidak suka membuang masa. Pada masa lapang, dia membaca buku atau bermain dengan adiknya. Kadang kala, dia membantu ibunya menyapu sampah, mengemas rumah, menyidai baju dan sebagainya.

     Kawan-kawannya sayang akan Ain kerana sifatnya yang baik. Ain suka menolong kawan-kawan yang berada dalam kesusahan. Dia dihormati kerana sifatnya yang peramah, lemah lembut, rajin dan tidak meninggi diri.

     Ain menjadi contoh kepada murid-murid yang lain di sekolahnya. ain juga disayangi oleh guru-gurunya. Oleh sebab itu, Ain telah dilantik gurunya menjadi ketua murid.


...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................

Monday 6 August 2012

PANTUN JENAKA

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik)

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.