Thursday 22 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Assalamualaikum..

Buat murid-muridku yang berjaya diucapkan tahniah! Mereka yang kurang berjaya jangan kecewa, peluang untuk lebih berjaya masih terbuka. Yang penting usaha dan doa. Buat murid-murid tahun 6 2013 , kekalkan kecemerlangan kakak dan abang yang mendapat 5A seramai 16 0rang.

Tuesday 9 October 2012

SAJAK

Sajak : Guru

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya


Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...



SAJAK UNTUK IBU
Ibu
sembilan bulan sepuluh hari
kau mengandungkan ku
terpana segala kudratmu
mengendongku dalam keperitan
kesakitan yang amat
ibu
terima kasih atas segalanya
kerna membenarkan ku lahir ke dunia
yang pasti akan memenatkan mu
lagi menambah kesibukan mu
ibu
tiada apa yang mampu aku berikan
hanya sekeping hati yang tulus ku berikan
untuk menyayangi hati tua yang melahirkan ku
dengan penuh kasih sayang
ibu
ku harap dikau bahagia bersamaku
sehingga ke akhir hayatmu
dengan senyuman dan kasih sayangku
sebagai membalas segala jasamu
ibu
kaulah ratu hatiku
kaulah duniaku
kaulah jiwaku
kaulah syurgaku
ibu
terima kasih
ku ucapkan seadanya
dengan kucupan ku taburkan
tanda sayang ku kepadamu.

Thursday 13 September 2012

UPSR 2012

UPSR telah berakhir, semoga semua anak didikku mendapat kejayaan yang cemerlang...Jangan berhenti berdoa semoga semua pemeriksa dapat memeriksa kertas anda dengan baik dan tenang sekaligus dapat memberikan markah yang terbaik.

Tuesday 7 August 2012

BAHAGIAN C (KERTAS 2)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

     Ain murid Tahun Enam. Dia murid yang rajin berusaha dan selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Di rumah, Ain tidak suka membuang masa. Pada masa lapang, dia membaca buku atau bermain dengan adiknya. Kadang kala, dia membantu ibunya menyapu sampah, mengemas rumah, menyidai baju dan sebagainya.

     Kawan-kawannya sayang akan Ain kerana sifatnya yang baik. Ain suka menolong kawan-kawan yang berada dalam kesusahan. Dia dihormati kerana sifatnya yang peramah, lemah lembut, rajin dan tidak meninggi diri.

     Ain menjadi contoh kepada murid-murid yang lain di sekolahnya. ain juga disayangi oleh guru-gurunya. Oleh sebab itu, Ain telah dilantik gurunya menjadi ketua murid.


...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................

Monday 6 August 2012

PANTUN JENAKA

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik)

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.

PANTUN NASIHAT

Lepas dijemur baju dilipat,
Disimpan dalam almari lama;
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana Solat tiang agama.

Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana solat tiang agama;
Hidup mesti bermuafakat,
Barulah harmoni sepanjang masa.

Berbudi bahasa amalan mulia,
Tanpa mengira tua dan muda;
Tiada kejayaan tanpa usaha,
Untuk berjaya jangan mudah berputus asa.

Indah perkataan kerana bahasa,
Indah akhlak kerana agama;
Jasa ibu bapa jangan di lupa,
Kerana ia tidak ternilai harganya.


Hidup berjiran mesti sepakat,
Agar hubungan harmoni sentiasa;
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Kerana ajal datang tak kira usia.

Saturday 4 August 2012

LATIHAN KEFAHAMAN 2

LATIHAN KEFAHAMAN 2
Baca dan fahami puisi di bawah.

Tengah malam menyanyi lagu,
Minum air lalu tertumpah;
Keselesaan badan ku kini terganggu,
Sampah yang buruk bersepah-sepah.

Hutan rimba banyak burung helang,
Cabut Si ular takut dimakan;
Kebersihan sungai ku kian menghilang,
Kerana sisa toksid yang mencemarkan.

Gadis cantik teruna terpikat,
Cincin tanda telah dipakaikan;
Perjalanan airku telah disekat;
Bencana banjir terpaksa diberikan.

Banyak sungguh burung dibilang,
Pelbagai bunyi berdondang sayang;
Seluruh hidupan telah pun hilang,
Hanya kesepian datang bertandang.

Pagi-pagi memetik kuini,
Buat hidangan para tetamu;
Ingatlah selalu pesanku ini,
Rosak diriku, bencana padamu.

1.Apakah bentuk puisi di Atas?
A   Syair
B   Sajak
C   Pantun
D   Seloka

2.Mengapakah air sungai tercemar?
A   Kerana terdapat banyak ikan dalam sungai
B   Kerana banyak burung
C   Kerana dijadikan tempat pelancongan
D   Kerana sampah sarap dibuang ke dalam sungai

3.Berikut adalah tanda-tanda sungai telah tercemar, kecuali…
A   air sungai jernih
B   air sungai berbau busuk
C   air sungai banyak sampah sarap
D   banyak ikan mati di sungai tersebut

4.Bagaimanakah cara mengatasi masalah pencemaran sungai?
A   Tidak beriadah di tepi sungai
B   Sentiasa menjaga kebersihan diri
C   Tidak membuang sampah ke dalam sungai
D   Tidak membuat tempat pelancongan



5.Terangkan maksud “Rosak diriku, bencana padamu”.
A   Jika air sungai dirosakkan, maka akan berlaku bencana
B Jika air sungai tidak digunakan, maka air sungai akan tercemar
C   Jika air sungai tercemar, maka malapetaka akan berlaku kepada manusia
D   Jika sungai itu tercemar, maka air sungai itu tidak boleh digunakan lagi 

Thursday 19 July 2012

Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk



Tonton video di atas dan jawab soalan di bawah.

1.Apakah pekerjaan ayah Raju?
   ...........................................................
2.Siapakah yang memenangi pertandingan reka cipta tersebut?
   ..........................................................................................
3.Apakah alat yang dibina oleh Raju dan rakan-rakannya?
   ...................................................................................
4.Mengapakah Farid tidak mahu berhenti untuk membeli cendol di gerai ayah Raju?
  ...........................................................................................................................
5.Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam video di atas.
  i.......................................................................................
  ii......................................................................................

Iklan Petronas - Burung Murai - Ayah dan Ibu



Tonton video di atas dan nyatakan nilai-nilai murni yang kamu perolehi.

1..........................................................
2..........................................................
3..........................................................
4..........................................................

Wednesday 18 July 2012

Latihan kefahaman 1

LATIHAN KEFAHAMAN 1

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Pada hari Ahad yang lalu, Faizal dan keluarganya mengadakan aktiviti gotongroyong
membersihkan dan menghias halaman rumah mereka. Ayah Faizal menanam pokok
bunga yang baru dibelinya di dalam pasu. Ibu Faizal pula menyapu daun kering yang gugur di halaman rumah. Nenek Faizal menyiram pokok-pokok bunga yang mekar di halaman rumah. Datuk Faizal juga turut membantu adik dan abang Faizal mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah mereka. Faizal pula menolong kakaknya memungut sampah di dalam longkang untuk dimasukkan ke dalam tong sampah. Mereka sekeluarga sangat gembira kerana halaman rumah kelihatan bersih dan cantik.

1. Apakah yang dilakukan oleh Faizal dan keluarganya pada hari Ahad yang lalu?

A Mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan menghias halaman rumah
mereka.
B Mengadakan kempen menjaga kebersihan alam sekitar di rumah mereka.
C Mengadakan aktiviti menanam rumput di halaman rumah mereka.
D Mengadakan aktiviti berkelah di halaman rumah mereka.

2. Di manakah aktiviti gotong-royong itu diadakan?
A Di tepi longkang.
B Di dalam rumah.
C Di halaman rumah .
D Di dalam semak di tepi rumah.

3. Apakah yang dilakukan oleh abang dan adik Faizal?

A Menolong kakak mereka memungut samapah di dalam longkang.
B Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah mereka.
C Membeli pokok bunga yang mekar di halaman rumah mereka.
D Membantu datuk mereka mencabut rumput .rumput yang tumbuh meliar di
hadapan rumah mereka.




4. Berapa orangkah yang terlibat dalam akitiviti gotong-royong ini?

A 7 orang
B 8 orang
C 9 orang
D 10 orang





5. Antara berikut aktiviti manakah yang tidak dilakukan oleh keluarga Faizal?

A Menyapu daun kering yang gugur di halaman rumah.
B Menyiran pokok-pokok bunga yang mekar di halaman rumah.
C Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah.
D Memungut sampah di dalam longkang dan dimasukkan ke dalam tong
sampah.

Contoh RPH Bahasa Malaysia

RPH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran:           Bahasa Melayu
Kelas:                          Tahun 2 Pintar
Tarikh:                         28 Mac 2012
Masa:                          10.30-11.30 pagi ( 60 minit )
Bilangan murid:           25 orang
Bidang pembelajaran: Sihat dan Cerdas
Objektif:                      ~Menaakul gambar dan berbual dengan bertatasusila
                                    ~Memahami cara mencuci tangan dan keperluan mencuci tangan
Hasil Pembelajaran :   Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
                                    A   Menguasai isi kandungan
                                      ~ Berbual tentang 7cara mencuci tangan berpandukan gambar   
                                      ~Simulasi mencuci tangan dengan betul    
                                    B    Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
                                      ~ Menyatakan keperluan mencuci tangan
                                    C    Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                      ~ Melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan dan perbualan
                                      ~ Menyedari kepentingan menjaga kebersihan
Konsep/prinsip/teori:
                                    Tangan
                                    a. perlu dijaga kebersihannya
                                    b. tempat bakteria suka membiak
                                    c. anggota tubuh yang penting
                                    d. mudah kotor
Bahan,peralatan dan bahan sumber:
                                    komputer riba
                                    LCD
                                    Skrin putih
                                    Lembaran kerja
Langkah berjaga-jaga:
Pembaziran air dan sabun ketika mencuci tangan

Pengetahuan sedia ada:
~Murid-murid pernah melihat gambar/ poster 7 cara mencuci tangan di kantin .
~Murid juga mempunyai miskonsepsi bahawa  kuman boleh membiak di telapak tangan




      Fasa

    Isi Kandungan                                  
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
      Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/ Mencungkil idea
( 5 minit )

Keperluan mencuci tangan

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid Berbual tentang keperluan dan waktu yang perlu untuk mencuci tangan.

Murid memberi respons.






Strategi/Teknik
Penyoalan seluruh kelas menggunakan   gambar bakteria pada  tangan yang kotor daripada komputer riba.

Menstruktur/ menstruktur semula

( 30 minit )






Cara-cara mencuci tangan dengan betul.









Guru menayangkan slaid 7 cara mencuci tangan sambil memberi penerangan secara simulasi.


Minta murid membuat simulasi mencuci tangan secara kumpulan dan individu di depan kelas.

Debriefing
Taksir kefahaman murid secara simulasi- Murid yang telah menguasai maju ke fasa seterusnya, manakala yang tidak, di kumpulkan dan diberi penerangan .

Murid  menaakul gambar sambil mendengar penerangan guru.



Murid melakukan cara mencuci tangan berpandukan arahan yang telah dipelajari.



Aktiviti Pemulihan:
Murid diberi penerangan semula.

Strategi/Teknik
Penerangan

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif

Sumber pengajaran:
Gambar daripada
Komputer ri





Lampiran 1
NAMA:____________________________
TAHUN 2:_________________________

Lengkapkan ayat berpandukan gambar
                                 
 Basahkan tangan dengan __________dan_____________.

                                 
Gosok _________________ tangan dengan ___________.

                               
Gosok __________________________________.

                               
Gosok __________________ pada telapak tangan.

                               
Gosok ____________________ tangan dengan jari.

















Rancangan Pengajaran Harian ( Bahasa Melayu Tahun 4 )

Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                                    : 4 Pintar
Masa                          :8.40 – 9.40 pagi
Bilangan murid        : 30 orang
Tajuk                          :Pencemaran alam
Fokus utama             :3.1 Aras 3 (ii)
                                  Membentang maklumat yang diperoleh dengan ayat yang tepat.
Fokus sampingan    :9.2 Aras 2 (i)
                                 Mencatat nota dalam bentuk grafik
Objektif                       :Pada akhir pelajaran,murid dapat :
                                    1.Membentang maklumat yang diperoleh dengan ayat yang betul
                                    dan tepat.
                                    2.Mencatat nota dalam bentuk grafik.
Sistem bahasa         :          
Kemahiran bahasa : Lisan dan tulisan
Tatabahasa               :Kata nama am dan kata kerja
Kosa kata                  :pencemaran, sisa toksid, pembakaran, pembangunan


Pengisian kurikulum                       :
i)             Ilmu           : Sains,Pendidikan Sivik Kewarganegaraan,Agama Islam
ii)            Nilai murni : prihatin,cinta akan alam sekitar,bekerjasama,jujur,hormat- 
                    menghormati                                             
              
Kemahiran Bernilai Tambah:
·         Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
·         Kemahiran berfikir
·         Kajian masa depan
                          
Bahan bantu mengajar ;
·         Slaid gambar-gambar pencemaran air, udara dan bunyi
·         Skrin / laptop
·         Borang pengurusan grafik

Pengetahuan sedia ada     : Murid pernah melihat pencemaran alam sekitar di kawasan
                                             mereka,di televisyan atau di surat khabar.











Isi pelajaran


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

1.Slaid gambar-gambar pencemaran air,udara dan air
2.Bersoaljawab tentang pencemaran


Set induksi  ( 5 minit )
1.Murid-murid melihat gambar-gambar pencemaran air,udara dan bunyi melalui persembahan slaid.(Rujuk lampiran B)
2.Bersoaljawab dengan murid tentang pencemaran air,udara dan bunyi

KP: Kecerdasan naturalis
KB: Menghubung kait
BBB: Slaid pencemaran



1.Mencari maklumat tentang pencemaran air,udara dan bunyi

2.Melengkapkan borang pengurusan grafik

Langkah 1 ( 20 minit )

1.Murid dibahagikan secara berpasangan.
2.Murid diberikan tajuk tentang pencemaran air,udara dan bunyi.
3.Murid diminta melayari internet untuk mencari maklumat tentang tajuk tersebut.(Rujuk lampiran C)
4.Murid mengisi borang pengurusan grafik tentang pencemaran.
(rujuk  lampiran E)










KBT:Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
      :Kemahiran berfikir
BBB:Internet
        Borang pengurusan
        grafik

1.Membuat pembentangan tentang
pencemaran air,udara dan bunyi.
2.Mencatat nota tentang maklumat yang didengar.


Langkah 2 ( 20 minit )

1.Murid membuat pembentangan di hadapan kelas secara berpasangan.
2. Murid yang lain dikehendaki
mencatat nota tentang maklumat yang mereka dengar dari pembentangan rakan mereka.
3.Guru mengemukakan soalan tentang pencemaran.(Kajian masa depan)
(rujuk lampiran F)


KP :Verbal linguistik

Nilai : Berkeyakinan,hormat-menghormati,prihatin
KBT : Kajian masa depan




1.Membuat nota dalam bentuk grafik tentang pencemaran alam.


Langkah 3 ( 12 minit )

1.Murid membuat nota atau isi-isi penting yang diperolehi dalam bentuk grafik.(secara kumpulan)
(Rujuk lampiran G)
2.Murid dibenarkan menggunakan pensel warna untuk membuat nota.
3.Guru mempamerkan hasil kerja murid.














KP :Kecerdasan visual

Nilai : Bekerjasama,Tolong-menolong,hormat-menghormati




1.Rumusan isi pelajaran




Penutup ( 3 Minit )

1.Murid diminta menyatakan isi pelajaran pada hari itu.
2.Guru merumuskan pelajaran pada hari itu.


3.Guru menunjukkan contoh nota dalam bentuk grafik dengan cetakan komputer.
(rujuk  lampiran H)

4.Murid diminta menyediakan nota dalam bentuk grafik dengan cetakan
komputer.(dibuat di rumah sebagai
projek dan dihantar pada minggu hadapan)




Nilai : Bersyukur,cinta akan alam sekitar














RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tahun    : 6 Bijak
Masa                : 8.10 - 9.10 Pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 33 orang
Tema: Warisan Alam
Tajuk: Alam Penuh Misteri

Fokus Utama:
5.2 Aras 1 (ii) Menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks yang di baca. 
5.2 Aras 3 (i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar , sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan:
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif :
 Pada akhir pengajaran  dan pembelajaran murid-murid dapat :

1)    Menjawab  4 soalan kefahaman betul berdasarkan teks yang dibaca.
2)    Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul serta gaya sesuai.
3)    Membina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar aktiviti perkhemahan yang ditunjukkan.





Kemahiran Bahasa : Bacaan dan Tulisan

Sistem Bahasa :  i) Tatabahasa ; Kata hubung, Kata ganda , ayat tunggal dan
                                                      ayat majmuk.
                             ii) Kosa kata ;  tenggiling, sumpah-sumpah, flora,   
                                                      fauna,reriang, halban, pulai dan cengal.

Pengisian Kurikulum :
i)              Ilmu ; Kajian Tempatan, Sains dan Geografi
ii)             Nilai Murni ; Bekerjasama , cinta akan alam sekitar, tolong-menolong dan semangat bermasyarakat.

Kemahiran Bernilai Tambah:
i)              Kemahiran Berfikir : Membuat Keputusan, Merumus
ii)             Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Matematik, verbal-linguistik, naturalis.
iii)            Pembelajaran kontekstual

Bahan Bantu Mengajar :
i)              Petikan /slaid  (Membaca cacatan)
ii)             Gambar perkhemahan
iii)            Borang pengurusan Grafik


Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah mengikuti dan pernah melihat   
                                                       aktiviti perkhemahan di sekolah.



                                                             


Isi Kandungan

Aktiviti pengajaran  dan Pembelajaran

Catatan

1. Gambar aktiviti perkhemahan.

2. Murid bercerita tentang gambar dan pengalaman sedia ada mereka

Set induksi ( 5 minit)

2. Murid bercerita berkaitan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka ketika menyertai perkhemahan.

KP : interpersonal
KB : Menghubung
         kait
BBM :
Gambar Perkhemahan

Petikan (Catatan )
Alam Penuh misteri
1. Membaca senyap
2. Membaca kuat secara kumpulan
3. Membaca secara individu (Teknik teater pembaca)

Langkah 1 ( 15 minit )
1. Murid membaca petikan secara senyap.
2. Murid membaca petikan perenggan-demi perenggan secara berkumpulan.

3. Guru meminta 4 orang    murid membaca petikan  dengan nada, sebutan  dan intonasi yang betul secara individu di hadapan kelas. (Seorang murid satu perenggan)

4. Aktiviti diulang oleh 4 orang murid lain yang dipilih secara rawak.






BCB : Bacaan secara Mentalis dan Mekanis

KP : intrapersonal,
        Interpersonal

BBM : Petikan



1. Bersoaljawab
isi penting petikan.

2. Menjawab  soalan kefahaman secara lisan  .

Langkah 2 ( 8 minit)

1. Guru bersoaljawab dengan murid  berkaitan isi penting yang terdapat dalam petikan.

2.  Dua orang murid dikehendaki menjawab 2 soalan kefahaman berpandukan petikan secara lisan.

3.  Guru membuat ulasan berkaitan jawapan murid.






KP : verbal linguistik, interpersonal dan naturalis

KB : Membuat keputusan

KE : Bertanggungawab

Petikan (Catatan )
Alam Penuh misteri
1.  Perbincangan ahli kumpulan.

2. Pembentangan wakil kumpulan.







4. Rumusan guru.

Langkah 3 ( 12 minit )

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap wakil kumpulan diminta menjawab  2 soalan kefahaman dalam borang garfik berpandukan petikan catatan yang dibaca.

2. Setiap wakil kumpulan diminta membentangkan jawapan yang telah dibincangkan bersama ahli kumpulan masing-masing.



4. Guru membuat  rumusan hasil pembentangan murid.




KP : intrapersonal,
        Interpersonal

BBM : Petikan catatan dan Borang Grafik.



1. Kata nama:
Budak lelaki, budak perempuan, ahli pengakap

2. Kata kerja :
memasak, memasang khemah, mengumpul kayu api, mengangkat

air, menyusun pinggan mangkuk.

3. Membuat 5 ayat tunggal dan ayat majmuk

Langkah 4 (15 minit )

1.  Guru menunjukkan gambar aktiviti perkhemahan pengakap.

2. Bersoaljawab berkaitan aktiviti yang terdapat dalam gambar.

3. Murid dikehendaki menyenaraikan kata nama dan kata kerja yang terdapat dalam gambar.

4. Murid dikehendaki membina lima ayat berdasarkan kata nama serta kata kerja yang berhubungkait dengan aktiviti  dalam gambar.

5. Aktiviti latihan bertulis dalam buku latihan.
i)  Latihan  kefahaman
ii) Membuat ayat tunggal/majmuk






KP : verbal-linguistik
Naturalis
Interpersonal
Visual ruang


KB : Menjana idea
Menganalisis













Rumusan pelajaran hari ini.
.

Penutup (5 minit )

1. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini.
- sayangilah hutan.
- bertanggungjawab terhadap hutan kita.

KP : interpersonal

Rancangan Pengajaran Harian ( Bahasa Melayu Tahun 4 )
Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                                    : 4 Bijak
Masa                          :8.15 – 9.15 pagi
Bilangan murid        : 30 orang
Tajuk                          :Pencemaran alam
Fokus utama             :5.1 Aras 3 ( i )
                                    Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan 
                                 menarik.
Fokus sampingan    :8.2 Aras 1 ( i )
                                     Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Objektif                       :Pada akhir pelajaran,murid dapat :
                                    1.Membaca petikan pencemaran alam sekitar dengan sebutan dan
                                   intonasi yang betul dan menarik.
                                    2.Membina sekurang-sekurangnya tiga daripada lima ayat majmuk
                                   berdasarkan borang pengurusan grafik.
Sistem bahasa         :          
Kemahiran bahasa : Bacaan dan tulisan
Tatabahasa               :Kata nama am,kata kerja, ayat majmuk
Kosa kata                  :tercemar,berbalam,serius,haluan,flora dan fauna.

Pengisian kurikulum                       :
iii)           Ilmu           : Sains,Pendidikan sivik kewarganegaraan,Pendidikan Moral
iv)           Nilai murni : prihatin,cinta akan alam sekitar,bekerjasama,semangat                                               
                    kerjasama.
Kemahiran Bernilai Tambah:
·         Kemahiran Berfikir :menjana idea , membuat kesimpulan,meramal,menghubung   
                                 kait.
·         Kecerdasan pelbagai : Interpersonal,verbal linguistic,naturalis
·         Pembelajaran kontekstual
·         Pembelajaran masteri
·         Pembelajaran koperatif.
Bahan bantu mengajar ;
·         Petikan pencemaran / slaid
·         Pantun / slaid
·         Skrin / laptop
·         Borang pengurusan grafik
·         Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada     : Murid pernah melihat kempen iklan tentang pencemaran       
                                              alam sekitar di dalam televisyen.






Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

1.Slaid / carta pantun
2.Murid berpantun bersama guru

Set induksi  ( 5 minit )
1.Murid membaca pantun yang ditunjukkan dengan bimbingan guru.
Guru mengaitkan pantun dengan tajuk pelajaran hari ini.


KP: Interpersonal
KB: Menghubung kait
BBB: Slaid / carta pantun

Petikan teks pencemaran
1.Membaca senyap
2.Membaca kuat  secara kumpulan
3.Membaca secara individu.

Langkah 1 ( 15 minit )
1.Murid membaca petikan secara senyap.
2.Murid membaca petikan perenggan demi perenggan secara berkumpulan.
3.Guru meminta 3 orang murid membaca petikan dengan nada ,sebutan dan intonasi yang betul secara individu di hadapan kelas.(Seorang murid satu perenggan )
4.Aktiviti diulang oleh 3 orang murid lain yang dipilih secara rawak.


BCB: Bacaan secara mentalis dan mekanis.
KP:Intrapersonal,Interpersonal
BBB: Petikan teks

1.Bersoal jawab isi penting petikan

2.Menjawab soalan kefahaman secara lisan

Langkah 2 ( 10 minit )
1.Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan isi penting yang terdapat dalam petikan.
2.Dua orang murid dikehendaki menjawab soalan kefahaman berpandukan petikan secara lisan.
3.Guru membuat ulasan berkaitan

jawapan murid.


KBT : Kemahiran berfikir,
KP :Interpersonal ,Intrapersonal,verbal –linguistik





Nilai : Bekerjasama,Tolong-menolong,hormat-menghormati


1.Melengkapkan Borang Pengurusan Grafik

2.Membina ayat majmuk.

Langkah 3 ( 25 minit )
1.Kelas dibahagiakan kepada lima kumpulan.
2.Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru.
3.Wakil daripada setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan

mereka di hadapan kelas.
4.Murid mengisi borang pengurusan grafik.
5.Murid dikehendaki membina sekurang-kurangnya lima ayat majmuk secara individu berdasarkan borang pengurusan grafik.
Kumpulan A : membina lima ayat majmuk .
Kumpulan B : membina tiga ayat majmuk.
Kumpulan C : mengisi tempat kosong ayat majmuk yang diberikan .
( bergantung pada sekolah masing –masing)


BBB: Borang pengurusan grafik
Strategi : Konstruktivisme
KBT : Kemahiran berfikir,kemahiran belajar
KP :Interpersonal ,Intrapersonal,verbal –linguistik

Nilai : Bekerjasama,Tolong-menolong,hormat-menghormati


1.Rumusan isi pelajaran

2.Menyanyi lagu “Rasa Sayang” dan pantun

Penutup ( 5 Minit )
1.Murid diminta menyatakan isi pelajaran pada hari itu.
2.Guru merumuskan pelajaran pada hari itu.
3.Guru meminta murid menyediakan buku skrap tajuk pencemaran dan diberi tempoh masa selama 2 minggu.
4.Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu “ Rasa Sayang”.


Nilai : Bersyukur,cinta akan alam sekitar
BBB: Carta / slaid lagu
KBT : Muzik