Tuesday 7 August 2012

BAHAGIAN C (KERTAS 2)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

     Ain murid Tahun Enam. Dia murid yang rajin berusaha dan selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Di rumah, Ain tidak suka membuang masa. Pada masa lapang, dia membaca buku atau bermain dengan adiknya. Kadang kala, dia membantu ibunya menyapu sampah, mengemas rumah, menyidai baju dan sebagainya.

     Kawan-kawannya sayang akan Ain kerana sifatnya yang baik. Ain suka menolong kawan-kawan yang berada dalam kesusahan. Dia dihormati kerana sifatnya yang peramah, lemah lembut, rajin dan tidak meninggi diri.

     Ain menjadi contoh kepada murid-murid yang lain di sekolahnya. ain juga disayangi oleh guru-gurunya. Oleh sebab itu, Ain telah dilantik gurunya menjadi ketua murid.


...........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................

Monday 6 August 2012

PANTUN JENAKA

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik)

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.

PANTUN NASIHAT

Lepas dijemur baju dilipat,
Disimpan dalam almari lama;
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana Solat tiang agama.

Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana solat tiang agama;
Hidup mesti bermuafakat,
Barulah harmoni sepanjang masa.

Berbudi bahasa amalan mulia,
Tanpa mengira tua dan muda;
Tiada kejayaan tanpa usaha,
Untuk berjaya jangan mudah berputus asa.

Indah perkataan kerana bahasa,
Indah akhlak kerana agama;
Jasa ibu bapa jangan di lupa,
Kerana ia tidak ternilai harganya.


Hidup berjiran mesti sepakat,
Agar hubungan harmoni sentiasa;
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Kerana ajal datang tak kira usia.

Saturday 4 August 2012

LATIHAN KEFAHAMAN 2

LATIHAN KEFAHAMAN 2
Baca dan fahami puisi di bawah.

Tengah malam menyanyi lagu,
Minum air lalu tertumpah;
Keselesaan badan ku kini terganggu,
Sampah yang buruk bersepah-sepah.

Hutan rimba banyak burung helang,
Cabut Si ular takut dimakan;
Kebersihan sungai ku kian menghilang,
Kerana sisa toksid yang mencemarkan.

Gadis cantik teruna terpikat,
Cincin tanda telah dipakaikan;
Perjalanan airku telah disekat;
Bencana banjir terpaksa diberikan.

Banyak sungguh burung dibilang,
Pelbagai bunyi berdondang sayang;
Seluruh hidupan telah pun hilang,
Hanya kesepian datang bertandang.

Pagi-pagi memetik kuini,
Buat hidangan para tetamu;
Ingatlah selalu pesanku ini,
Rosak diriku, bencana padamu.

1.Apakah bentuk puisi di Atas?
A   Syair
B   Sajak
C   Pantun
D   Seloka

2.Mengapakah air sungai tercemar?
A   Kerana terdapat banyak ikan dalam sungai
B   Kerana banyak burung
C   Kerana dijadikan tempat pelancongan
D   Kerana sampah sarap dibuang ke dalam sungai

3.Berikut adalah tanda-tanda sungai telah tercemar, kecuali…
A   air sungai jernih
B   air sungai berbau busuk
C   air sungai banyak sampah sarap
D   banyak ikan mati di sungai tersebut

4.Bagaimanakah cara mengatasi masalah pencemaran sungai?
A   Tidak beriadah di tepi sungai
B   Sentiasa menjaga kebersihan diri
C   Tidak membuang sampah ke dalam sungai
D   Tidak membuat tempat pelancongan



5.Terangkan maksud “Rosak diriku, bencana padamu”.
A   Jika air sungai dirosakkan, maka akan berlaku bencana
B Jika air sungai tidak digunakan, maka air sungai akan tercemar
C   Jika air sungai tercemar, maka malapetaka akan berlaku kepada manusia
D   Jika sungai itu tercemar, maka air sungai itu tidak boleh digunakan lagi