Tuesday 17 July 2012

Latihan tatabahasa 1

Latihan Tatabahasa 1
Set I
1. Bukan semua orang yang suka menceburkan diri dalam bidang__________.
A.pengusaha    B.mengusahakan     C.perusahaan    D.usahawan
2. Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung telah__________Pingat Hang Tuah kepada budak yang paling berani itu.
A.menganugerahkan    B.dianugerahkan     C.menganugerahi    D.penganugerahan
3. Guru besar itu berkata,"Berikan alasan-alasan yang munasabah untuk_______kebenaran awak."
A.buktikan    B.terbukti     C.berbukti    D.membuktikan
4. Setiap pagi kami__________surat khabar daripada Pak Abu.
A.menyuruh    B.melanjut     C.menawan    D.melanggan
5. Siti ___________oleh ibunya kerana gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
A.dimarahkan    B.digerami     C.dimarahi    D.dikasihi
6. Di tepi jalan itu terdapat dua__________pasir.
A.kumpulan    B.puak     C.timbun    D.butir
7. Emak membeli se_________anggur di pasar malam.
A.gugus    B.biji     C.longgok    D.timbun
8. Se________rumah kedai baru telah didirikan di tanah yang luas itu.
A.buah    B.bentuk     C.kumpulan    D.deret
9. Akhirnya Cikgu Hamid telah_________bagaimana hendak menyelesaikan masalah matematik itu.
A.membuka tembelang    B.memberi jalan    C.memberi muka    D.membuat helah
10. Rahim tidak digemari oleh kawan-kawannya kerana dia sangat suka________dengan mereka.
A.mengangkat muka      B.berbahasa pasar    C.berbahasa kesat     D.berbahasa ibunda

No comments:

Post a Comment