Saturday 4 August 2012

LATIHAN KEFAHAMAN 2

LATIHAN KEFAHAMAN 2
Baca dan fahami puisi di bawah.

Tengah malam menyanyi lagu,
Minum air lalu tertumpah;
Keselesaan badan ku kini terganggu,
Sampah yang buruk bersepah-sepah.

Hutan rimba banyak burung helang,
Cabut Si ular takut dimakan;
Kebersihan sungai ku kian menghilang,
Kerana sisa toksid yang mencemarkan.

Gadis cantik teruna terpikat,
Cincin tanda telah dipakaikan;
Perjalanan airku telah disekat;
Bencana banjir terpaksa diberikan.

Banyak sungguh burung dibilang,
Pelbagai bunyi berdondang sayang;
Seluruh hidupan telah pun hilang,
Hanya kesepian datang bertandang.

Pagi-pagi memetik kuini,
Buat hidangan para tetamu;
Ingatlah selalu pesanku ini,
Rosak diriku, bencana padamu.

1.Apakah bentuk puisi di Atas?
A   Syair
B   Sajak
C   Pantun
D   Seloka

2.Mengapakah air sungai tercemar?
A   Kerana terdapat banyak ikan dalam sungai
B   Kerana banyak burung
C   Kerana dijadikan tempat pelancongan
D   Kerana sampah sarap dibuang ke dalam sungai

3.Berikut adalah tanda-tanda sungai telah tercemar, kecuali…
A   air sungai jernih
B   air sungai berbau busuk
C   air sungai banyak sampah sarap
D   banyak ikan mati di sungai tersebut

4.Bagaimanakah cara mengatasi masalah pencemaran sungai?
A   Tidak beriadah di tepi sungai
B   Sentiasa menjaga kebersihan diri
C   Tidak membuang sampah ke dalam sungai
D   Tidak membuat tempat pelancongan



5.Terangkan maksud “Rosak diriku, bencana padamu”.
A   Jika air sungai dirosakkan, maka akan berlaku bencana
B Jika air sungai tidak digunakan, maka air sungai akan tercemar
C   Jika air sungai tercemar, maka malapetaka akan berlaku kepada manusia
D   Jika sungai itu tercemar, maka air sungai itu tidak boleh digunakan lagi 

No comments:

Post a Comment