Monday 6 August 2012

PANTUN NASIHAT

Lepas dijemur baju dilipat,
Disimpan dalam almari lama;
Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana Solat tiang agama.

Jangan kita tinggalkan solat,
Kerana solat tiang agama;
Hidup mesti bermuafakat,
Barulah harmoni sepanjang masa.

Berbudi bahasa amalan mulia,
Tanpa mengira tua dan muda;
Tiada kejayaan tanpa usaha,
Untuk berjaya jangan mudah berputus asa.

Indah perkataan kerana bahasa,
Indah akhlak kerana agama;
Jasa ibu bapa jangan di lupa,
Kerana ia tidak ternilai harganya.


Hidup berjiran mesti sepakat,
Agar hubungan harmoni sentiasa;
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Kerana ajal datang tak kira usia.

No comments:

Post a Comment