Thursday 19 July 2012
Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk
Tonton video di atas dan jawab soalan di bawah.
1.Apakah pekerjaan ayah Raju?
...........................................................
2.Siapakah yang memenangi pertandingan reka cipta tersebut?
..........................................................................................
3.Apakah alat yang dibina oleh Raju dan rakan-rakannya?
...................................................................................
4.Mengapakah Farid tidak mahu berhenti untuk membeli cendol di gerai ayah Raju?
...........................................................................................................................
5.Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam video di atas.
i.......................................................................................
ii......................................................................................
Iklan Petronas - Burung Murai - Ayah dan Ibu
Tonton video di atas dan nyatakan nilai-nilai murni yang kamu perolehi.
1..........................................................
2..........................................................
3..........................................................
4..........................................................
Wednesday 18 July 2012
Latihan kefahaman 1
LATIHAN KEFAHAMAN 1
Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.
Pada hari Ahad yang lalu, Faizal dan keluarganya mengadakan aktiviti gotongroyong
membersihkan dan menghias halaman rumah mereka. Ayah Faizal menanam pokok
bunga yang baru dibelinya di dalam pasu. Ibu Faizal pula menyapu daun kering yang gugur di halaman rumah. Nenek Faizal menyiram pokok-pokok bunga yang mekar di halaman rumah. Datuk Faizal juga turut membantu adik dan abang Faizal mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah mereka. Faizal pula menolong kakaknya memungut sampah di dalam longkang untuk dimasukkan ke dalam tong sampah. Mereka sekeluarga sangat gembira kerana halaman rumah kelihatan bersih dan cantik.
1. Apakah yang dilakukan oleh Faizal dan keluarganya pada hari Ahad yang lalu?
A Mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan menghias halaman rumah
mereka.
B Mengadakan kempen menjaga kebersihan alam sekitar di rumah mereka.
C Mengadakan aktiviti menanam rumput di halaman rumah mereka.
D Mengadakan aktiviti berkelah di halaman rumah mereka.
2. Di manakah aktiviti gotong-royong itu diadakan?
A Di tepi longkang.
B Di dalam rumah.
C Di halaman rumah .
D Di dalam semak di tepi rumah.
3. Apakah yang dilakukan oleh abang dan adik Faizal?
A Menolong kakak mereka memungut samapah di dalam longkang.
B Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah mereka.
C Membeli pokok bunga yang mekar di halaman rumah mereka.
D Membantu datuk mereka mencabut rumput .rumput yang tumbuh meliar di
hadapan rumah mereka.
4. Berapa orangkah yang terlibat dalam akitiviti gotong-royong ini?
A 7 orang
B 8 orang
C 9 orang
D 10 orang
5. Antara berikut aktiviti manakah yang tidak dilakukan oleh keluarga Faizal?
A Menyapu daun kering yang gugur di halaman rumah.
B Menyiran pokok-pokok bunga yang mekar di halaman rumah.
C Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di hadapan rumah.
D Memungut sampah di dalam longkang dan dimasukkan ke dalam tong
sampah.
Contoh RPH Bahasa Malaysia
RPH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Kelas: Tahun 2 Pintar
Tarikh: 28 Mac 2012
Masa: 10.30-11.30 pagi ( 60 minit )
Bilangan murid: 25 orang
Bidang pembelajaran: Sihat dan Cerdas
Objektif: ~Menaakul gambar dan berbual dengan bertatasusila
~Memahami cara mencuci tangan dan keperluan mencuci tangan
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
~ Berbual tentang 7cara mencuci tangan berpandukan gambar
~Simulasi mencuci tangan dengan betul
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
~ Menyatakan keperluan mencuci tangan
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
~ Melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan dan perbualan
~ Menyedari kepentingan menjaga kebersihan
Konsep/prinsip/teori:
Tangan
a. perlu dijaga kebersihannya
b. tempat bakteria suka membiak
c. anggota tubuh yang penting
d. mudah kotor
Bahan,peralatan dan bahan sumber:
komputer riba
LCD
Skrin putih
Lembaran kerja
Langkah berjaga-jaga:
Pembaziran air dan sabun ketika mencuci tangan
Pengetahuan sedia ada:
~Murid-murid pernah melihat gambar/ poster 7 cara mencuci tangan di kantin .
~Murid juga mempunyai miskonsepsi bahawa kuman boleh membiak di telapak tangan
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Mencungkil idea ( 5 minit ) | Keperluan mencuci tangan | Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid Berbual tentang keperluan dan waktu yang perlu untuk mencuci tangan. | Murid memberi respons. | Strategi/Teknik Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar bakteria pada tangan yang kotor daripada komputer riba. |
Menstruktur/ menstruktur semula ( 30 minit ) | Cara-cara mencuci tangan dengan betul. | Guru menayangkan slaid 7 cara mencuci tangan sambil memberi penerangan secara simulasi. Minta murid membuat simulasi mencuci tangan secara kumpulan dan individu di depan kelas. Debriefing Taksir kefahaman murid secara simulasi- Murid yang telah menguasai maju ke fasa seterusnya, manakala yang tidak, di kumpulkan dan diberi penerangan . | Murid menaakul gambar sambil mendengar penerangan guru. Murid melakukan cara mencuci tangan berpandukan arahan yang telah dipelajari. Aktiviti Pemulihan: Murid diberi penerangan semula. | Strategi/Teknik Penerangan Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Sumber pengajaran: Gambar daripada Komputer ri |
Lampiran 1
NAMA:____________________________
TAHUN 2:_________________________
Lengkapkan ayat berpandukan gambar
Basahkan tangan dengan __________dan_____________.
Gosok _________________ tangan dengan ___________.
Gosok __________________________________.
Gosok __________________ pada telapak tangan.
Gosok ____________________ tangan dengan jari.
Rancangan Pengajaran Harian ( Bahasa Melayu Tahun 4 )
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Pintar
Masa :8.40 – 9.40 pagi
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk :Pencemaran alam
Fokus utama :3.1 Aras 3 (ii)
Membentang maklumat yang diperoleh dengan ayat yang tepat.
Fokus sampingan :9.2 Aras 2 (i)
Mencatat nota dalam bentuk grafik
Objektif :Pada akhir pelajaran,murid dapat :
1.Membentang maklumat yang diperoleh dengan ayat yang betul
dan tepat.
2.Mencatat nota dalam bentuk grafik.
Sistem bahasa :
Kemahiran bahasa : Lisan dan tulisan
Tatabahasa :Kata nama am dan kata kerja
Kosa kata :pencemaran, sisa toksid, pembakaran, pembangunan
Pengisian kurikulum :
i) Ilmu : Sains,Pendidikan Sivik Kewarganegaraan,Agama Islam
ii) Nilai murni : prihatin,cinta akan alam sekitar,bekerjasama,jujur,hormat-
menghormati
Kemahiran Bernilai Tambah:
· Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
· Kemahiran berfikir
· Kajian masa depan
Bahan bantu mengajar ;
· Slaid gambar-gambar pencemaran air, udara dan bunyi
· Skrin / laptop
· Borang pengurusan grafik
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat pencemaran alam sekitar di kawasan
mereka,di televisyan atau di surat khabar.
Isi pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
1.Slaid gambar-gambar pencemaran air,udara dan air 2.Bersoaljawab tentang pencemaran | Set induksi ( 5 minit ) 1.Murid-murid melihat gambar-gambar pencemaran air,udara dan bunyi melalui persembahan slaid.(Rujuk lampiran B) 2.Bersoaljawab dengan murid tentang pencemaran air,udara dan bunyi | KP: Kecerdasan naturalis KB: Menghubung kait BBB: Slaid pencemaran |
1.Mencari maklumat tentang pencemaran air,udara dan bunyi 2.Melengkapkan borang pengurusan grafik | Langkah 1 ( 20 minit ) 1.Murid dibahagikan secara berpasangan. 2.Murid diberikan tajuk tentang pencemaran air,udara dan bunyi. 3.Murid diminta melayari internet untuk mencari maklumat tentang tajuk tersebut.(Rujuk lampiran C) 4.Murid mengisi borang pengurusan grafik tentang pencemaran. (rujuk lampiran E) | KBT:Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi :Kemahiran berfikir BBB:Internet Borang pengurusan grafik |
1.Membuat pembentangan tentang pencemaran air,udara dan bunyi. 2.Mencatat nota tentang maklumat yang didengar. | Langkah 2 ( 20 minit ) 1.Murid membuat pembentangan di hadapan kelas secara berpasangan. 2. Murid yang lain dikehendaki mencatat nota tentang maklumat yang mereka dengar dari pembentangan rakan mereka. 3.Guru mengemukakan soalan tentang pencemaran.(Kajian masa depan) (rujuk lampiran F) | KP :Verbal linguistik Nilai : Berkeyakinan,hormat-menghormati,prihatin KBT : Kajian masa depan |
1.Membuat nota dalam bentuk grafik tentang pencemaran alam. | Langkah 3 ( 12 minit ) 1.Murid membuat nota atau isi-isi penting yang diperolehi dalam bentuk grafik.(secara kumpulan) (Rujuk lampiran G) 2.Murid dibenarkan menggunakan pensel warna untuk membuat nota. 3.Guru mempamerkan hasil kerja murid. | KP :Kecerdasan visual Nilai : Bekerjasama,Tolong-menolong,hormat-menghormati |
1.Rumusan isi pelajaran | Penutup ( 3 Minit ) 1.Murid diminta menyatakan isi pelajaran pada hari itu. 2.Guru merumuskan pelajaran pada hari itu. 3.Guru menunjukkan contoh nota dalam bentuk grafik dengan cetakan komputer. (rujuk lampiran H) 4.Murid diminta menyediakan nota dalam bentuk grafik dengan cetakan komputer.(dibuat di rumah sebagai projek dan dihantar pada minggu hadapan) | Nilai : Bersyukur,cinta akan alam sekitar |
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tahun : 6 Bijak
Masa : 8.10 - 9.10 Pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 33 orang
Tema: Warisan Alam
Tajuk: Alam Penuh Misteri
Fokus Utama:
5.2 Aras 1 (ii) Menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks yang di baca.
5.2 Aras 3 (i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar , sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Fokus Sampingan:
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1) Menjawab 4 soalan kefahaman betul berdasarkan teks yang dibaca.
2) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul serta gaya sesuai.
3) Membina 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar aktiviti perkhemahan yang ditunjukkan.
Kemahiran Bahasa : Bacaan dan Tulisan
Sistem Bahasa : i) Tatabahasa ; Kata hubung, Kata ganda , ayat tunggal dan
ayat majmuk.
ii) Kosa kata ; tenggiling, sumpah-sumpah, flora,
fauna,reriang, halban, pulai dan cengal.
Pengisian Kurikulum :
i) Ilmu ; Kajian Tempatan, Sains dan Geografi
ii) Nilai Murni ; Bekerjasama , cinta akan alam sekitar, tolong-menolong dan semangat bermasyarakat.
Kemahiran Bernilai Tambah:
i) Kemahiran Berfikir : Membuat Keputusan, Merumus
ii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Matematik, verbal-linguistik, naturalis.
iii) Pembelajaran kontekstual
Bahan Bantu Mengajar :
i) Petikan /slaid (Membaca cacatan)
ii) Gambar perkhemahan
iii) Borang pengurusan Grafik
Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah mengikuti dan pernah melihat
aktiviti perkhemahan di sekolah.
Isi Kandungan | Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
1. Gambar aktiviti perkhemahan. 2. Murid bercerita tentang gambar dan pengalaman sedia ada mereka | Set induksi ( 5 minit) 1. Guru menunjukkan gambar perkhemahan. 2. Murid bercerita berkaitan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka ketika menyertai perkhemahan. | KP : interpersonal KB : Menghubung kait BBM : Gambar Perkhemahan |
Petikan (Catatan ) Alam Penuh misteri 1. Membaca senyap 2. Membaca kuat secara kumpulan 3. Membaca secara individu (Teknik teater pembaca) | Langkah 1 ( 15 minit ) 1. Murid membaca petikan secara senyap. 2. Murid membaca petikan perenggan-demi perenggan secara berkumpulan. 3. Guru meminta 4 orang murid membaca petikan dengan nada, sebutan dan intonasi yang betul secara individu di hadapan kelas. (Seorang murid satu perenggan) 4. Aktiviti diulang oleh 4 orang murid lain yang dipilih secara rawak. | BCB : Bacaan secara Mentalis dan Mekanis KP : intrapersonal, Interpersonal BBM : Petikan |
1. Bersoaljawab isi penting petikan. 2. Menjawab soalan kefahaman secara lisan . | Langkah 2 ( 8 minit) 1. Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan isi penting yang terdapat dalam petikan. 2. Dua orang murid dikehendaki menjawab 2 soalan kefahaman berpandukan petikan secara lisan. 3. Guru membuat ulasan berkaitan jawapan murid. | KP : verbal linguistik, interpersonal dan naturalis KB : Membuat keputusan KE : Bertanggungawab |
Petikan (Catatan ) Alam Penuh misteri 1. Perbincangan ahli kumpulan. 2. Pembentangan wakil kumpulan. 4. Rumusan guru. | Langkah 3 ( 12 minit ) 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap wakil kumpulan diminta menjawab 2 soalan kefahaman dalam borang garfik berpandukan petikan catatan yang dibaca. 2. Setiap wakil kumpulan diminta membentangkan jawapan yang telah dibincangkan bersama ahli kumpulan masing-masing. 4. Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid. | KP : intrapersonal, Interpersonal BBM : Petikan catatan dan Borang Grafik. |
1. Kata nama: Budak lelaki, budak perempuan, ahli pengakap 2. Kata kerja : memasak, memasang khemah, mengumpul kayu api, mengangkat air, menyusun pinggan mangkuk. 3. Membuat 5 ayat tunggal dan ayat majmuk | Langkah 4 (15 minit ) 1. Guru menunjukkan gambar aktiviti perkhemahan pengakap. 2. Bersoaljawab berkaitan aktiviti yang terdapat dalam gambar. 3. Murid dikehendaki menyenaraikan kata nama dan kata kerja yang terdapat dalam gambar. 4. Murid dikehendaki membina lima ayat berdasarkan kata nama serta kata kerja yang berhubungkait dengan aktiviti dalam gambar. 5. Aktiviti latihan bertulis dalam buku latihan. i) Latihan kefahaman ii) Membuat ayat tunggal/majmuk | KP : verbal-linguistik Naturalis Interpersonal Visual ruang KB : Menjana idea Menganalisis |
Rumusan pelajaran hari ini. . | Penutup (5 minit ) 1. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini. - sayangilah hutan. - bertanggungjawab terhadap hutan kita. | KP : interpersonal |
Rancangan Pengajaran Harian ( Bahasa Melayu Tahun 4 )
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Bijak
Masa :8.15 – 9.15 pagi
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk :Pencemaran alam
Fokus utama :5.1 Aras 3 ( i )
Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
menarik.
Fokus sampingan :8.2 Aras 1 ( i )
Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Objektif :Pada akhir pelajaran,murid dapat :
1.Membaca petikan pencemaran alam sekitar dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan menarik.
2.Membina sekurang-sekurangnya tiga daripada lima ayat majmuk
berdasarkan borang pengurusan grafik.
Sistem bahasa :
Kemahiran bahasa : Bacaan dan tulisan
Tatabahasa :Kata nama am,kata kerja, ayat majmuk
Kosa kata :tercemar,berbalam,serius,haluan,flora dan fauna.
Pengisian kurikulum :
iii) Ilmu : Sains,Pendidikan sivik kewarganegaraan,Pendidikan Moral
iv) Nilai murni : prihatin,cinta akan alam sekitar,bekerjasama,semangat
kerjasama.
Kemahiran Bernilai Tambah:
· Kemahiran Berfikir :menjana idea , membuat kesimpulan,meramal,menghubung
kait.
· Kecerdasan pelbagai : Interpersonal,verbal linguistic,naturalis
· Pembelajaran kontekstual
· Pembelajaran masteri
· Pembelajaran koperatif.
Bahan bantu mengajar ;
· Petikan pencemaran / slaid
· Pantun / slaid
· Skrin / laptop
· Borang pengurusan grafik
· Lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat kempen iklan tentang pencemaran
alam sekitar di dalam televisyen.
Isi pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
1.Slaid / carta pantun 2.Murid berpantun bersama guru | Set induksi ( 5 minit ) 1.Murid membaca pantun yang ditunjukkan dengan bimbingan guru. Guru mengaitkan pantun dengan tajuk pelajaran hari ini. | KP: Interpersonal KB: Menghubung kait BBB: Slaid / carta pantun |
Petikan teks pencemaran 1.Membaca senyap 2.Membaca kuat secara kumpulan 3.Membaca secara individu. | Langkah 1 ( 15 minit ) 1.Murid membaca petikan secara senyap. 2.Murid membaca petikan perenggan demi perenggan secara berkumpulan. 3.Guru meminta 3 orang murid membaca petikan dengan nada ,sebutan dan intonasi yang betul secara individu di hadapan kelas.(Seorang murid satu perenggan ) 4.Aktiviti diulang oleh 3 orang murid lain yang dipilih secara rawak. | BCB: Bacaan secara mentalis dan mekanis. KP:Intrapersonal,Interpersonal BBB: Petikan teks |
1.Bersoal jawab isi penting petikan 2.Menjawab soalan kefahaman secara lisan | Langkah 2 ( 10 minit ) 1.Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan isi penting yang terdapat dalam petikan. 2.Dua orang murid dikehendaki menjawab soalan kefahaman berpandukan petikan secara lisan. 3.Guru membuat ulasan berkaitan jawapan murid. | KBT : Kemahiran berfikir, KP :Interpersonal ,Intrapersonal,verbal –linguistik Nilai : Bekerjasama,Tolong-menolong,hormat-menghormati |
1.Melengkapkan Borang Pengurusan Grafik 2.Membina ayat majmuk. | Langkah 3 ( 25 minit ) 1.Kelas dibahagiakan kepada lima kumpulan. 2.Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru. 3.Wakil daripada setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. 4.Murid mengisi borang pengurusan grafik. 5.Murid dikehendaki membina sekurang-kurangnya lima ayat majmuk secara individu berdasarkan borang pengurusan grafik. Kumpulan A : membina lima ayat majmuk . Kumpulan B : membina tiga ayat majmuk. Kumpulan C : mengisi tempat kosong ayat majmuk yang diberikan . ( bergantung pada sekolah masing –masing) | BBB: Borang pengurusan grafik Strategi : Konstruktivisme KBT : Kemahiran berfikir,kemahiran belajar KP :Interpersonal ,Intrapersonal,verbal –linguistik Nilai : Bekerjasama,Tolong-menolong,hormat-menghormati |
1.Rumusan isi pelajaran 2.Menyanyi lagu “Rasa Sayang” dan pantun | Penutup ( 5 Minit ) 1.Murid diminta menyatakan isi pelajaran pada hari itu. 2.Guru merumuskan pelajaran pada hari itu. 3.Guru meminta murid menyediakan buku skrap tajuk pencemaran dan diberi tempoh masa selama 2 minggu. 4.Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu “ Rasa Sayang”. | Nilai : Bersyukur,cinta akan alam sekitar BBB: Carta / slaid lagu KBT : Muzik |
Subscribe to:
Posts (Atom)